Sunday, October 17, 2010

Makluman berkaitan Biro Catur Wanita (MCF)

Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan Pesuruhjaya sukan (COS) telah meluluskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Catur Malaysia (MCF) iaitu Satu Jawatan Naib Presiden telah dikhaskan untuk Wanita. Maka pada tanggal 11 August 2010 melalui mesyuarat MCF; Presiden Tan Sri Ramli Ngah Talib telah melantik Pn. Haslindah Ruslan menerajui Jawatan Ketua Biro Wanita MCF.


Susulan daripada itu satu perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk Biro Wanita telah dibuat:
Ketua & Naib Presiden Wanita MCF: Pn. Haslindah Ruslan
Setiausaha: Pn .Zazaluma Harun
Bendahari: Pn. Roslina Marmono
Biro Pembangunan Teknikal & Kejurulatihan: Cik Khairunnisa Wahidduddin
Biro Data Keahlian & Logistik: Pn Zuraiha Wazir
Biro Media & Produk: Pn Rosimah Mohamad
Kami juga sedang mengenalpasti wakil wanita daripada setiap negeri untuk pembangunan catur akan datang.

Sumber: Pn. Haslindah Ruslan (Ketua & Naib Presiden Wanita MCF)