Monday, January 31, 2011

Mengenali Presiden MCF - Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib

Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib


Gelaran:       Orang Kaya-Kaya Seri Agar (Dato’ Sagor)
                    Orang Besar Delapan Perak
Dilahirkan:  16 Mac 1941, Pasir Salak, Perak
Keturunan: 
Moyang -Dato’ Sagor (sebelah bapanya) & Penghulu Tok Pelita (sebelah ibunya )
- Terlibat dalam Pemberontakan dan membawa  pembunuhan JWW Birch, Residen   British Pertama di Perak  ( 2hb Nov 1875).
 Kelulusan:
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 
  • Queen’s Universiti Belfast, United Kingdom  -Ijazah Undang-undang LL.B (Hons)
  •  Lincoln’s Inn London – Barrister-at-law

Kerjaya:
1970 -                    Pensyarah Undang-undang  (Institut Teknologi Mara)
1974 -                    Penasihat Undang-undang (Lembaga Letrik Negara)
1977 -                    Tauliah Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
                               (Firma guaman: KADIR TAN & RAMLI)
1978 -                    Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
                              Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
1982 – 1999         Menteri Besar Negeri Perak yg Ke-8
2000 – 2004         Ahli Parlimen – 2 penggal
                             Timbalan Menteri Pengangkutan,
2006 – 2008         Yang Di Petua Dewan Rakyat (Speaker)

Presiden Persatuan       
  1. Presiden Kelab Aero Perak
  2. Persekutuan Catur Malaysia (MCF)

KELUARGA:
Isteri:  Raja Noora Ashikin bt Raja Abdullah (Berkahwin  pada bulan Disember  1973)
Anak : 
1. Rizal ( Toh Muda)
2. Ramelle
3.  Putri Azalea
4.  Putri Yasmin

Cucu;    1. Putra Rayqal Ramli bin Rizal (Nora Danish )
             2. Putra Rayfal Ramli bin Rizal ( Fasha Sandra)
 (KOSMO; 30 Jan 2011: Percutian Keluarga ke Jepun. - Bersama cucu, Nora Danish & Jejai)
----------------------------------------------------------------
CATATAN PERIBADI:
Pengalaman saya mengenali  Tan Sri ramli adalh amat Unik sekali.  Beliau telah menjadi Presiden Persekutuan Catur Malaysia (MCF) selama sepenggal sejak pemilihan pada 2008. Tapi sebenarnya saya telah mendapat AMANAT  ini pada 3 tahun dahulu untuk pergi ke Batu Gajah, Perak  pada tahun 2007. Tapi saya tidak endahkan  sehingga saya hadir di kejohanan  1st national Rapid pada tahun lepas di Universiti Teknologi Petronas (UTP) ketika melintasi Batu Gajah apabila saya memandu pulang ke Kuala Lumpur. 
Tetapi aneh untuk  kali kedua trip cadangan perjalanan saya ke tempat kelahiran Tan Sri, saya telah mendapat MImpi /Vision mengenai Tan Sri. (saya maklumkan kepada Zu & Greg).  Apabila saya di kawasan kompleks Pasir Salak, gambaran yang saya alami adalah di kawasan rumah berandah perak dan Surau lama bersebelahan tempat Tugu Makam pembunuhan JWW Birch. Maka penjelasan saya sudah terjawab….
 
Sambil itu saya menemuramah Ketua Penghulu Toh Lela Indera, Orang Besar perak – Hj Ali bin Ngah Mat Ali( Pak Li). Rata-rata penduduk disekitar amat berbudi bahasa.  Kadang kala diselangi pantun dan seloka lama.. (‘wei kome, Durian dah berbunge), Kalau ada Sumur diladang, Boleh kami menumpang mandi……..).  Terdapat banyak rumah kayu lama yang lebih daripada 60 -110 tahun.  Kelihatan juga di sepanjang jalan rumah yang uzur dan sepi yang ditinggalkan.  Anak-anak muda ramai yang berhijrah ke kota..Cuma apabila musim durian baru kelihatan hadir dan meriah di kunjungi sanak saudara.
Pondok 'Lotah: di Kompleks Sejarah Pasir salak.  Pasukan 'lotah' akan membuat persembahan terdiri daripada 12 orang akan bergerak mengikuti bulatan sambil menyanyi dan menghenjutkan pelantar serta diselangi dengan pantun.

CATATAN SEJARAH: 
Sungai Perak adalah pengangkutan laut dan nadi awal penubuhan semula kota. Asal penubuhan kesultanan Melayu Perak apabila Melaka tewas di tangan Portugis pada tahun 1511.  Apabila Sultan terakhir Melaka Sultan Mahmud  telah lari ke Kampar, Sumatera. Anakandanya  Raja Muzaffar Shah telah diangkat sebagai Sultan pertama perak oleh Orang-orang Besar perak pada  tahun 1528
----------------------------------------------------------------
Maklumat daripada sebahagian buku rujukan saya:-
 
- Haslindah Ruslan

No comments:

Post a Comment