Thursday, February 2, 2012

SABAH CHESS ASSOCIATION : Agresive Activity for 1st Quater 2012


Current Committee 2010

Activity:


1.  NC2012 Sabah Chess Selection
Event name: Sabah Chess Masters Tournament – Piala Panglima 5 Brigade 2012
Date: 28th & 29th January 2012
Time: 8:00am
Venue: Kem Lok Kawi

2.   1Malaysia KK City Inter Team Chess Tournament 2012
Date: 5th February 2012
Time: 8:00am
Venue: Asia City Complex


3.23rd SCA Annual General Meeting

February 2nd, 2012 | Author: admin
Name of AGM
23rd SCA Annual General Meeting
Date of AGM
Saturday 4th March 2012
Time
2:00 pm
Venue
Grand Borneo Hotel, KK


------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan Peribadi:


Pada 3 tahun yang lepas semasa saya berurusan  di Pejabat Pesuruh Jaya Sukan di Bukit Jalil, Tiada Cawangan PJS berdaftar  di Sabah dan Sarawak.  Termasuk Jenis sukan lain.  Oleh itu Persatuan Catur Sabah dan Sarawak masih  belum boleh Affiliate di bawah badan Induk Sukan : Persekutuan Catur Malaysia. 

Diharapkan pada AGM SCA yang akan datang pada 4 Mac  2012, AJK baru haruslah berdaftar dengan PJS untuk manfaat pada masa akan datang. Ini kerana Sukan Catur  dibawah AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997



PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN NEGERI SABAH
D/A JABATAN BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN )NEGERI SABAH
KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN (PERSEKUTUAN) NEGERI SABAH
JALAN TAMAN PASIR PUTIH, PUTATAN
MEL BEG 81, 88998 KOTA KINABALU
SABAH 
TEL    : 088-765 777/ 088-761 777
FAKS : 088- 765 262


AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997
Seksyen 25
(1) apabila pendaftaran mana-mana badan sukan dibatalkan atau digantung di bawah Akta ini, maka peruntukan yang berikut adalah terpakai:
(a)badan sukan itu tidak boleh menganjurkan,menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b)badan sukan itu tidak boleh menerima atau terus menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan, Majlis Sukan Negara atau mana-mana badan berkanun;
(c)badan sukan itu tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan atau organisasi yang bertindak sebagai atau berupa bertindak sebagai badan pengelola mana-mana sukan di Malaysia atau mewakili atau berupa mewakili peserta mana-mana sukan di Malaysia;
(d)badan sukan itu tidak boleh menggunakan ungkapan ”Malaysia” bagi mana-mana aktivitinya, atau apa-apa bentuk huruf atau tanda yang menunjukkan bahawa aktivitinya adalah dijalankan untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia; dan
(e)badan sukan itu tidak boleh menganjurkan, menyertai atau menghantar peserta ke mana-mana pertandingan atau acara sukan dengan menunjukkan bahawa usahanya itu adalah untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia, di dalam atau di luar Malaysia.

(2) Mana-mana pemegang jawatan yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima  ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit sehari bagi setiap hari yang kesalahan itu diteruskan.

No comments:

Post a Comment