Monday, September 26, 2016

PENGUMUMAN: PERMOHONAN ARBITER KEBANGSAAN ( NA TITTLE - FIDE)


Peserta yang menghadiri Kursus Arbiter yang dianjurkan oleh Persekutuan Catur Malaysia (MCF) boleh menbuat permohonan dengan syarat-syarat :yang telah ditetapkan oleh Ketua Teknikal MCF - En. Lim Tse Pin;-

1. Menghadiri kursus FIDE Arbiter dan LULUS  peperiksaan
       
@ atau

2. .Beliau pernah berkhidmat dengan Persatuan  Catur Negeri dan mendapat 2 Norm sebagai Ketua Arbiter atau Timbalan Ketua Arbiter daripada Kejohanan Rating Kebangsaan


Pertanyaan:

1.  En. Sophian A Yusuf   (hp: 011  3950 5981 )
Pembantu Setiausaha MCF

2.  En. Collin Madhavan ( hp: 016 212 3578 )

Pembayaran NA Tittle:: RM 100

PERSEKUTUAN CATUR MALAYSIA
No Akaun Semasa:  CIMB - PWTC :  8000649725


Segala Resit pembayaran dan permohonan email kepada:

Haslindah Ruslan (email: haslindahr@yahoo.com)
Bendahari Kehormat MCF

cc

Lim Tse Pin  ( email:  tsepin@gmail.com)
Ketua Teknikal MCF

---------------------------------------------------
Lampiran          

From 22 to 24 January 2016 a FIDE Arbiters' Seminar was organized in Kuala Lumpur, Malaysia, by the Malaysian Chess Federation, in cooperation with the Asian Chess Federation and under the auspices of FIDE.

The Lecturer was IA Casto Abundo (PHI), FIDE Lecturer, and Assistant Lecturer was IA K.K. Chan (HKG). The venue of the Seminar was the University Malaya.

The lectures were in the English language.

Twenty seven (27) National Arbiters from Malaysia participated in the Seminar and in the examination test held after the lectures. The following succeeded in the test and they will be awarded a FIDE Arbiter Norm, after the approval of the next FIDE Presidential Board:
Liew, Chee-Meng Jimmy
5700019

             MAS
Lim, Poay Sim
5721709

             MAS
Mohd Latib, Latifah Kaiyisah
5704553

             MAS
Ng, Wei Jie 
5728541

             MAS
Kwan, Penz Penz Pearl 
5705487

             MAS
Yap, Bob
5709865

             MAS
Chuah, Jin Hai Jonathan
5700876

             MAS
Ismail, Muhd Firdaus
5730554

             MAS
Yee, Jeun Fui
5721610

              MAS
Mohd Said, Azhar
5727669

             MAS
A.Yusuf,  Sophian 
5727642

             MAS
Mohd Naser, Mohd Fadhil
5718929

             MAS
Mohd Nor, Noor Hafiz
5730546

             MAS
Mohd Latib, Latifah Salwani
5727677

             MAS
Abu, Bakar Martin B.A.
5704944

             MAS
Yeap, Joo Hock 
5709679

             MAS
Nor Azlan, Mohd Adi
5730562

             MAS
Johari, Nazli Johardy
5709210

             MAS
Mohd Kassim, Kaber Azzad
5713218

             MAS
Arshad, Muhammad
5706530

             MAS
Mohd Latib, Latifah Syamimi
5704774

             MAS
Madhavan, Olivia
5704766

             MAS
Muniyan, Genkeswaran 
5707579
                MAS

IA Takis Nikolopoulos
Chairman
FIDE Arbiters’ Commission

---------------------------------------------
Update: List of Licensed Arbiters (MALAYSIA)- Sept 2016




                                      

Wednesday, September 14, 2016

NEW TITTLE from OLYMPIAD 2016 BAKU

New Tittle: Women FIDE Master (WFM) Nur Nabila Azman Hisham
New Tittle : FIDE Master (FM) Sumant Subramaniam

New Tittle: Candidate Master ( CM ) Mohd Kamal Abdullah

OLYMPIAD 2016 BAKU - Catatan Seorang 'IBU"

Pn. ZAZALUMA HARUN
IBU kepada pemain negara  Nur Nabila dan Nur Najiha Azman Hisham


FINAL ROUND: MALAYSIA  -  ARZERBAIJAN 1 ( 1-3)


Pusingan terakhir semalam bertemu negara tuanrumah Azerbaijan yang berada dalam kelompok Elit kumpulan A telah memyaksikan pertarungan yang sengit. Pada mulanya Azerbaijan menggangap mereka akan menang mudah bertemu Malaysia dari kumpulan C tetapi selepas 3 jam pertarungan, pengurus pasukan negara tuanrumah itu mula resah. Lebih-lebih lagi di papan kedua Alia A A Bakri telah mendapat keputusan seri dengan pemain Azerbaijan yang mempunyai title WGM. Di papan-catur yang lain juga pasukan wanita negara memberikan saingan yang sengit sehingga lebih 5 jam barulah puteri-puteri catur kita terpaksa akur dengan kekuatan dan pengalaman negara Azerbaijan dengan keputusan 3-1.
Walaupun tewas dengan Azerbaijan tetapi dengan keputusan mata yang sedia ada Malaysia tetap dinobatkan sebagai juara Kumpulan C.
Antara pencapaian team wanita Malaysia pada World Chess Olympiad 2016 ialah:
1. Juara Kumpulan C
2. Peningkatan rangking daripada rangking ke- 66 ke 25
3. Seorg pemain mendapat title WFM
4. Peningkatan rating pemain yang sangat ketara. Ada pemain yang ratingnya meningkat sehingga 100 lebih.
Betapa sebak dan bangganya apabila team wanita Malaysia diumumkan di pentas dunia sebagai juara kumpulan C.
Nama setiap puteri-puteri catur kita disebut dan bergema di dewan yang megah semalam.
Ini adalah merupakan pencapaian terbaik dan cemerlang negara kita dan menjadi satu sejarah sepanjang penyertaan ke Olympiad. Ianya menjadi satu kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan.
Apa yang pasti sokongan dan tiupan semangat dari semua rakyat Malaysia telah memberikan inspirasi serta semangat yang membara kepada puteri-puteri catur negara kita untuk memberikan keputusan yang luarbiasa ini.
Semoga dengan kemenangan ini, pihak-pihak berwajib negara kita Malaysia membuka mata tentang kekuatan sukan catur di peringkat dunia dan seharusnya ianya juga diberi perhatian sama seperti sukan-sukan yang lain juga.
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan terima kasih kepada peminat-peminat Catur. walau apapun perjuangan tetap diteruskan untuk 43rd WORLD CHESS OLYMPIAD 2018 DI BATUMI GEORGIA.
Mohon ampun dan maaf sekiranya tulisan-tulisan saya ada yang menyentuh dan mengguris hati sesiapa tanpa saya sedari.
Selamat tinggal Kota Baku Azerbaijan

 CHAMPION Group Category 'C'.


Women Team and Pn Zazaluma (right)

After Round 10 : MALAYSIA - PERU (3.5 - 0.5)

Dunia tergamam menyaksikan kehebatan team wanita Malaysia yang berjaya membenamkan PERU 3.5-0-5.
Keputusan yang di luar jangkaan semua. Bagaimana boleh berlaku sebuah negara kecil seperti Malaysia yang berada di rangking 66 sebelum ini berada di Board 4 bertemu dengan AZEBAIJAN 1 (yang keempat-empat pemainnya adalah WGM dan seorang WFM) pada pusingan terakhir jam 3.00 petang ini waktu Malaysia.
Apa yang pasti, kejayaan ini bukanlah suatu nasib seperti yang dikatakan oleh Australia ketika tewas dengan Malaysia tetapi ianya lebih kepada semangat juang yang tinggi dan 'team spirit' yang ada pada diri setiap pemain.
Daripada rangking ke 66 kini Team Wanita Malaysia berjaya berada di rangking 13 dunia. WOWW....
Semoga perlawanan di pusingan terakhir hari ini akan menjanjikan suatu yang lebih hebat lagi dan bakal menciptakan sesuatu yang manis untuk dikenang.
Setinggi penghargaan dan terima kasih buat semua rakyat Malaysia yang tidak berhenti-henti berdoa dan menitipkan kata-kata semangat buat kami di sini.
MALAYSIA BOLEH!!!


After Round 9: MALAYSIA - BRAZIL (4 - 0 )


Puteri-puteri catur negara sekali lagi membuat kejutan dengan membelasah BRAZIL 4-0 sebentar tadi.
Ini adalah suatu pencapaian yang luarbiasa, sangat membanggakan dan kejayaan yang sangat manis buat negara kita.
Ianya adalah merupakan hadiah terbaik sempena menjelangnya Hariraya Aidil Adha pada hari esok.
Satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh puteri-puteri catur negara beraya dengan buah-buah catur bagi meneruskan perjuangan pada pusingan ke 10 esok.
Kemenangan ini meletakkan team wanita negara berada di kalangan team wanita negara-negara elit di rangking ke 24 dunia.
Esok team wanita negara kita akan bertemu negara PERU di meja ke 13.
Puteri-puteri catur kita akan bermain di kelompok pasukan-pasukan terbaik dunia.
Semuga mereka akan terus berjuang sehingga ke keringat yang terakhir bagi memberikan saingan yang terhebat pada perlawanan esok.
Buat semua rakyat Malaysia teruslah mendoakan kejayaan mereka.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAN PEMINAT CATUR TANAHAIR...MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ingatlah kami di sini...beraya di perantauan tanpa juadah yang enak-enak...pengorbanan demi untuk negara MALAYSIA tercinta.
After Round 8: MALAYSIA - AUSTRALIA ( 2.5 - 1.5 )


Team wanita Malaysia telah mencipta sejarah tersendiri apabila menang 2.5-1.5 menentang Autralia semalam. Ianya adalah merupakan satu mimpi yang menjadi realiti. Australia adalah merupakan musuh tradisi Malaysia. Kekeciwaan dikalahkan 4-0, 2 tahun lepas di Olympiad Tromso Norway terbayar sudah.
Syukur Alhamdulilllah....kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap pemain. Hilang rasa keletihan dan tekanan yang melanda setiap pemain selepas 8 pusingan berakhir semalam.
Tahniah dan syabas buat team Wanita Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang setakat ini. Tahniah juga kepada Tan Li Ting dan Nur Nabila yang bermain berhempas pulas sehingga mmencipta kemenangan dan Nur Najiha Azman Hisham yang mengikat pemain wanita Australia dengan keputusan seri dan keputusan ini seterusnya memberikan kemenangan kepada pasukan wanita negara.
Ini membuktikan usaha yang luarbiasa pasti akan membuahkan kejayaan yang luarbiasa.
Hari ini di pusingan ke-9, pasukan wanita negara akan bertemu dengan Brazil di meja 19.
Kemenangan semalam meletakkan team wanita Malaysia di tangga ke- 41 Dunia.
Perlawanan hari ini pasti akan menjanjikan satu pertarungan yang hebat yang juga menuntut semangat juang yang tinggi.
Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang dititipkan oleh semua rakyat Malaysia.
MALAYSIA BOLEH!!!

After Rounds 7: MALAYSIA  - AUSTRIA ( 2 - 2 )

Titisan airmata gembira menyambut kepulangan puteri-puteri catur dari medan perjuangan 'Crystal Hall'.
Permainan tadi penuh dengan pertarungan yang menuntut kekuatan dari segi fizikal dan mental. Setiap saat terasa seperti jantung sentiasa berombak kencang dan terkadang berhenti berdenyut seketika....
Namun semangat oleh setiap pemain berjaya mengekang keputusan menjadi seri.
Tahniah dan syabas kepada semua pemain serta permainan cemerlang Alia A A Bakri yang berjaya menewaskan pemain di papan kedua Austria serta TanLi Ting dan Nur Najiha Azman Hisham yang berjaya mendapat keputusan seri yang memberikan mata seri kepada negara kita.
Keputusan ini meletakkan Malaysia di tangga ke 52 dan esok sejarah berulang kembali pertemuan dengan negara Australia.
Team wanita Malaysia pernah tewas 4-0 bertemu Australia pada pusingan terakhir di Olympiad 2014 di Tromso Norway.
Pertemuan esok lebih kepada misi membalas dendam. Kita yakin puteri-puteri catur akan berusaha sedaya mungkin bagi menebus kekalahan 2 tahun lepas......
Doakan kejayaan pasukan negara kita. MALAYSIA BOLEH!!!


After Round 6:  MALAYSIA  - EGYPT ( 2 - 2 )

Perlawanan menentang Egypt semalam adalah satu perlawanan yang mendebarkan kerana team wanita negara berdepan dengan 2 orang WGM dan 2 org WIM dalam team Egypt.
Walaubagaimanapun, team wanita telah beraksi dengan cemerlang sehingga berjaya mengikat permainan dengan keputusan draw 2-2.
Dalam pertandingan semalam Nur Najiha telah mempamerkan permainan cemerlang dengan menundukkan pemain Egypt manakala Alia A A Bakri dan Tan Li Ting pula berkesudahan dengan keputusan seri.
Keputusan ini kami terima dengan penuh rasa kesyukuran dan ini membuktikan bahawa dalam apa juga permainan kita tidak perlu rasa takut kepada 'title' atau 'rating' seseorang pemain sebaliknya mesti terus sentiasa positif dan sentiasa berjuang dalam mempastikan kemenangan untuk pasukan.
Tahniah kepada semua pemain wanita negara. Malaysia kini berada di rangking ke 50 berbanding 140 negara yang bertanding.
Hari ini team wanita negara akan bertemu dengan AUSTRIA yang juga membariskan pemain-pemain yang mempunyai 'title' WGM dan WIM...
Apa yang pasti pertarungan akan lebih hebat dan sengit....
Sama-sama kita doakan keputusan yang terbaik daripada team wanita negara.
Apapun, jutaan terima kasih atas sokongan semua peminat catur yang tidak pernah berhenti meniupkan semangat.....
MALAYSIA BOLEH!!!!



After Round 5: MALAYSIA - JORDAN ( 3.5 - 0.5)


Mentari di bumi Baku, Azerbaijan bersinar cerah semalam, secerah hati yang menerima berita kemenangan team wanita Malaysia yang berjaya menumpaskan pasukan wanita JORDAN dengan keputusan 3.5-0.5.
Syukur Alhamdulillah...Kemenangan ini berjaya mengubat hati pemain-pemain dan meletakkan Malaysia dirangking 52 dunia.
Hari ini adalah hari rehat untuk semua pemain.
Esok Team Wanita Malaysia akan turun menentang EGYPT di meja 24.....
In sya Allah...pemain-pemain wanita terus bersemangat dan terus berjuang untuk memburu kemenangan.....
Sama-sama kita doakan mereka dipermudahkan....Aamiin
MALAYSIA BOLEH!!!


After Round 4: MALAYSIA - SLOVENIA ( 1 - 3 )
Pusingan ke-4 semalam berakhir dengan tangisan dan airmata kedukaan. Hanya orang yang pernah kecewa tahu betapa sakit dan pedihnya kekecewaan itu pada saat hampir untuk mengapai kemenangan.
Walaubagaimanapun, kekuatan seseorang bukan diukur daripada berapa kali dia menang tetapi daripada berapa kali dia berjaya bangkit dari kekalahan.
Team wanita negara tewas 3-1 menentang SLOVENIA, namun tahniah buat Nur Najiha dan Putri Rifqah yang berjaya juga mencuri 1 mata dari pemain SLOVENIA.
Moga pemain-pemain wanita Malaysia terus bangkit untuk berjuang menebus kekecewaan semalam pada pusingan ke-5 hari ini bertemu JORDAN.
Doakan kejayaan mereka pada hari ini...
InsyaAllah.....peluang sentiasa terbuka untuk mereka yang sentiasa gigih berusaha tanpa kenal putus asa....
MALAYSIA BOLEH!!!


After round 3 : MALAYSIA - BOTSWANA (3.5 - 0.5)
Pusingan ketiga menentang Botswana semalam menyaksikan pertarungan sengit dan team wanita Malaysia akhirnya berjaya meraih kemenangan 3.5-0.5. Kejayaan ini meletakkan Malaysia berada di tangga ke-48 daripada 140 negara yang bertanding.
Pusingan keempat akan menyaksikan team Wanita Malaysia akan turun menentang SLOVENIA pada jam 7 malam waktu Malaysia.
InsyaAllah... pasukan Wanita negara penuh bersemangat dan pasti akan memberikan saingan yang sengit...
MALAYSIA BOLEH!!

After Round 2 : MALAYSIA  - SERBIA ( 0.5  - 3.5 )
Selepas berjuang habis-habisan semalam, team wanita Malaysia tewas di tangan Serbia...
walaubagaimanapun Nur Nabila berjaya mencuri setengah mata daripada WIM Eric Jovana(2161) dari Serbia.
Pusingan ketiga, team wanita Malaysia akan berdepan dengan Negara BOTSWANA.
Moga pada pusingan kali ini, team wanita negara akan memberikan saingan yang terhebat untuk terus menambah mata.
MALAYSIA BOLEH!!

After Round 1: MALAYSIA - TANZANIA  ( 4 - 0 )
Alhamdulillah....pada pusingan pertama team wanita Malaysia telah berjaya membenamkan team wanita negara Tanzania dengan kemenangan 4-0.
Pada hari ini cabaran lebih besar menunggu pada pusingan kedua dengan pertemuan antara team wanita Malaysia dan team wanita dari negara Serbia yang mempunyai rangking yang jauh lebih tinggi.....
In sya Allah.....Malaysia terus bersemangat dan akan terus berjuang sedaya mungkin....
..

Pn. Zazaluma with her Daughter


Wednesday, September 7, 2016

September 2016 FIDE RATING LIST

Current New Tittle: IM OOI ZHI YANG (2211)


New Tittle Women: WFM Chuah Yi Ning
WCM Chua Jia Tian

___________________________
Info



Monday, September 5, 2016

ASTRO Merdeka Rapid Open Team Chess Championship 2016

ASTRO LADIES: NWM Khairunnisa Wahidduddin (right)
                              WCM Roslina Marmono (2nd right)
WCM Fong Mi Yen
Nityalakshmi Sivanesan 
 BCWM Team : ASTRO LADIES


Sunday, September 4, 2016

Round 3: Women Team Won Vs Botswana (3.5 - 0.5)

Women Team


Men Team
Malaysia Vs Palestine
----------------------------------
Note:
Live Games by HP
Download games : Follow Chess

Saturday, September 3, 2016

SENADA CHESS CHAMPIONSHIP 2016 (National Rated)


DATE:  24 SEPTEMBER 2016

VENUE;  Dewan Gemilang SK Saujana Impian 2, Kajang Selangor

CONTACT:  Pn. Rashidah (013 2600996 )
                      Pn Nora (014 6322400 )
                      En. Zaki ( 013  9282507 )

Friday, September 2, 2016